PIAGAM SMKA SIK
Bahawasanya kami warga SMKAS berikrar akan :
- Memastikan bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kecemerlangan dalam semua bidang ilmu
- Sentiasa berusaha mengurangkan faktor kesilapan manusia dalam pengurusan pendidikan di sekolah supaya produktiviti/kecemerlangan di sekolah dapat di tingkatkan
- Berusaha menyediakan iklim persekitaran sekolah yg ceria, kondusif, selesa dan menjamin ibu bapa mendapat maklumat yg terkini dan berterusan tentang kemajuan anak-anak mereka dalam persekolahan
- Sentiasa memberi peluang, galakan dan dorongan kepada semua pelajar bagi mencapai pendidkan tinggi
- Mengadakan suasana belajar yg ceria, selesa dan selamat sepanjang mereka berada di sekolah



