Sejarah SMKASik

E-mail Print PDF

SEJARAH SMKA SIK, KEDAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia di tubuhkan pada tahun 1977. Kementerian Pelajaran pada ketika itu telah mengambil alih 11 buah sekolah agama di 11 buah negeri di semenanjung Malaysia. Semangat penubuhan SMKA adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang " cemerlang akademik,kuat pegangan agama".

Atas dasar inilah SMKA berkembang diseluruh negara daripada 11 buah sekolah pada tahun 1977 hingga menjadi 56 buah sekolah pada tahun 2004.SMKA SIK terletak dalam daerah sik,iaitu sebuah daerah terpencil di dalam negeri kedah keluasan tanahnya ialah 18 ekar. Rancangan penubuhannya bermula pada tahun 1991.Kerja projek pembinaannya bermula pada Mei 1995 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1998.ia mula beroperasi pada 08 Februari 1998 dengan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 173 orang,iaitu pelajar cemerlang UPSR tahun1997.

Mereka ditempatkan dalam 5 buah kelas iaitu purata 35 orang pelajar bagi sebuah kelas.Sambutan pelajar pertama ini diadakan dengan gilang gemilang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik ,serta ibubapa dan waris pelajar yang berkenaan.Taklimat disampaikan oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Kedah.Pada majlis itu juga Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) mula ditubuhkan

 

You are here: Sekolah KIta Profil sekolah Sejarah SMKA Sik