Program Tutorial Pembangunan dan Pengurusan Laman web

E-mail Print PDF

Program ini telah diadakan di Makmal Komputer SMKASik (A) pada 18 dan 19 Januari yg lalu. Program ini melibatkan penyertaan 20 org pelajar dari tingkatan 2,4 dan 5. Porgram ini adalah hasil kerjasama Unit ICT SMKAS dan Biro Multimedia Badar SMKAS. Para pelajar di ajar cara menguruskan laman web menggunakan Open Source script iaitu JOOMLA.

Penggunaan laman web merupakan satu keperluan untuk sesebuah organisasi. Jadi sangat penting bagi sesebuah organisasi untuk memiliki sebuah kumpulan pengurusan laman web. Bagi sebuah sekolah, pengurusan laman web akan menjadi lebih efisyen dan menarik jika para pelajar turut didedahkan cara menguruskan laman web. Dengan adanya laman web yg diuruskan dengan baik, orang luar akan melihat sesebuah organisasi itu sebagai sebuah organisasi yg hebat dari sudut pengurusan maklumatnya.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara menguruskan laman web dengan cara paling mudah dan efisyen. Dalam masa yang sama, program ini juga diharap dapat membentuk sebuah kumpulan kerja (team work) yang berasaskan keikhlasan, keyakinan dan kepemimpinan. Dari satu sudut lain pula, kumpulan kerja ini diharap dapat menjadi membantu pihak sekolah dalam segenap aspek berkaitan teknologi maklumat dan sebagainya. Para pelajar yg menyertai program ini akan mendapat satu subdomain smkasian. Sila rujuk di http://developer.smkasian.com

Program ini berakhir dengan jayanya pada pukul 5.30 ptg

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
You are here: Home